Sunday, 1 October 2017

KUNCI KHAZANAH




Kunci rezeki itu kalau dirumuskan dalam satu ayat ringkas adalah, 
Berbuat Baik/Banyak Memberi Kepada Sesama Manusia/Makhluk.

Makin banyak kebaikan kita berikan kepada orang lain, makin melimpah rezeki yang datang.
Mulakanlah berbuat dan berbagi kebaikan apapun bentuknya. 

Walaupun hanya sekadar membuang duri dan dahan kayu dari tengah jalan.
Buat baik walaupun tidak dibayar. Itu akan membuka 'flow' atau aliran Rezeki ke arah kita. 
Rezeki akan mengatur dirinya untuk datang kepada kita.

Jadi tidak kisah samada orang membalas kebaikan kita atau tidak kerana sistem alam semesta yang dicipta oleh Tuhan pasti memberikan balasan setimpal. Ini sistem yang tidak pernah silap.

Berbanding kita bertanya,
"Apa kerja boleh aku buat untuk dapat rezeki pada hari ini?"
Kita naik sedikit ke level lebih atas dengan bertanya,
"Apa kebaikan lagi yang boleh aku berikan kepada sesamaku pada hari ini?".

Buat kerja belum tentu mengarahkan rezeki datang,
 tetapi berbuat kebaikan kepada orang lain pasti mendatangkan rezeki.




0149202660

No comments:

Post a Comment